Saturday, November 8, 2008

Hari Profesionalisme 5.. Ke Institut Haiwan

Program ke Inst. Haiwan Air Hitam, rombongan 3 buah bas.. ini geng2 dalam bas yg dapat merasa Cream Puff yg ku kerjakan mlm tadi.. kak zie bawa karipap..
Sempat berposing lak..hoiiii.. cepat ler gi breakfast tu..

sedih.. breakfast nipis jerk.. pas tu sama plak menu dlm bas..cream puff n karipappp... ingat ada nasi lemak ke.. biasa bfast nasi cam ala2 nak gi noreh gitu...
Taklimat di dewan oditorium.. teringat masa kat U dulu2.... ala2 dewan kuliah UPM..
Sempat beraksi di depan kuda, kandang kambingggg.. n ladang orkid..

Pas tu membeli belah di Zenxin Organik Park Air Hitam..masa ni dah penattt sgt.. nak ambik pic pun dah males.. smpi rmh kul 3 ptg.. aduss kertas peksa lum abis tanda...

Friday, November 7, 2008

Cream Puff

Dah lama teringin nak buat sendiri Cream Puff (CP) ni.. selalu beli di warong kak ros pagar ijau tu.. kuih2 dia mmg kelas n taraf hotel..reganya boleh tahan tapi mampu bayo..coz pelanggan nyer ramai gov serv..so tak de le buku 3 5 tu.. reference books nak buat CP boleh tgok kat rmh Hana, Along, Yani taukeh di MYR tuh.. TQ tuk kalian semua...


Bahan2:
100ml air
45g butter
60g tepung gandum
2 biji telur

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 200C. Sapukan minyak ke atas dulang oven
.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana kacau sehingga adunan tidak melekat di periuk. Kemudian padamkan api.
5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat(guna mixer)
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang.(4-5 cm diameter)
7. Spry permukaan cream puff dengan air.

8.Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 25 -30 min minit. Sejukkan cream puff sebelum masukkan kastad krim.


Filling Custard boleh dapat di sini

Jamuan Akhir Tahun...

Aktiviti rutin di penghujung sesi persekolahan.. kali ini berlangsung di dewan sekolah pada mlm Rabu 5 Nov..meriah sakan dengan alunan muzik dan nyanyian live dr Cikgu Zulkafi, Cikgu Ang & Tuan Pengetua.. makanan kusss semangat byk n enak2 belaka.. puashati.. berbanding dinner di hotel..dan yg penting tak kene bayo.. hehehe.. Tahniah kepada AJK Badan Kebajikan Staff 2007/2008..

Tuesday, November 4, 2008

Melepakk di Crystal Inn

Hari ni tak plan pun nak minum2 kat sini..anak dara ku sibuk nak mkn McD..2 x keliling Summit BP tak da rezeki parking..kebetulan menunggu anak bujang ku si Aimman ada Jamuan Koperasi Sek di Crystal.. so tgok ada parking di situ..so rezeki anak dara ku ler dapat mkn kat sini..
layannn... Cappucino
Syamira mkn..Chicken Chop
spring roll

Oreo Cheese Cake


Cheese cake.. hasil kerja mengendap di dapur k ummi n jo.. berhasil jugak akhirnya... blik skool smlm terus jer bersilat mengerjakannya... Resepi dari Joyce (Jthorge), TQ to tuan punyer rspi,Jo n k ummi.. atas inspirasi ini...rspi kat bwh ni..CP dr dpur k.ummi..

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus

1/4 cawan butter - cairkan


Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-
1. Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
2.Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. 3.Bakar secara "steam bake" selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.

Saturday, November 1, 2008

SDBL.. Kebangaaanku..

Pintu masuk... memang sentiasa berseri-seri n mengalu-alukan kehadiran tetamu...

Sebelum tu kena minta ampun dulu kpd sifu BM Cikgu Maimunah...kerana ayat2 di sini tak menepati hukum 'bahasa' ampunnnn kak mai..

Majlis Anugerah Cemerlang dan Perasmian Surau An Najjah telah berlangsung hari ini.. Sabtu 1 November, Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor iaitu Tn. Hj Sufa'at bin Tumin. Hampir 2 minggu warga sekolah berkerja keras....'macam nak menerima menantu'...

Dato' Bentara pun kena 'touch up'..
Mr Boo .. buat apa tu...

hehehe.. siapa tu..
Buku Program yg 'cute' n dot dot ni hasil kerja keras n kerja hebat cikgu nurhudah...

cam nak tayang gelang lak...awas ni bukan mami jarum @ iklan AC Mizal jual gelang..

Pentas yang hebat n gemilang.. hasil kerja keras dan kerja hebat.. Cikgu Fatimah Sham n kru-kru nya..

Anak buah Ustaz Zhafri n Cikgu Hussin
Perbarisan Pasukan KRS.. bimbingan Cikgu Sallehudin..
Pengetua kita.. En Abu Bakar dan Tuan Pengarah berarak ke Dewan Bentara..
gambar2 penyampaian hadiah n piala tak sempat diambil..

Plak Perasmian Surau An Najjah
Surau An Najjah.. Sumbangan derma dari Ibu-bapa, guru-guru,staf sokongan, individu2 perseorangan...
Barisan guru yang sanggup berkorban apa saja... lepas ni kita makan yer...
Sabo..sabo.. tak puas hati ke.. kita makan dulu.. pas ni kita 'story'.. hehehe.. jgn marah...
yang ni..kalau kita lalu jer terus senyum.. minta 'snap pic' ler tu...
Yang ni apa pulak..lapo sangat ke...kesian..kesian.. ketupat tu bahagi sorang dua yer..
Makan..makan..
Sebenarnya banyak pic n cerita ada.. semuanya sentiasa dalam ingatan..
Kepada semua warga SMKDBL yang sentiasa berkerja keras dan berdedikasi diucapkan tahniah..

Thursday, October 30, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Tiru macam hana....Lapis Roti Berdaging

Roti2 yg hmpir expired n dah ada pun yg expired.. ada 4 bks dlm frigde.. plan asal nak buat puding roti.. blik skool terus ronda rumah dik ina jepun yg rajin tu.. waduh..waduhh.. mcm terbau2 jerk n dgn fenin2 stat ler projek tiru meniru ni..

Ini ler hasilnyer.. TQ dik ina..sumber inspirasiku... buh cedar cheese..mozarella ku dah berkulat rupanyer.. nak rspi?? ada di dapur hana TQ dik ina n tuan punya rspi asal umi e di MYR..

Tuesday, October 28, 2008

Puding Susu Koktel

Dah jadi favorite k'ga.. rspi junjs di MYR... buat lagik masa adikbradik HB beraya..

Monday, October 27, 2008

Fruits Cake

Fruits cake.. hasil merayau di rmh JO.. mmg mudah menyediakannya.. TQ my dear Jo.. tak tau le silap kat mana.. tekturnya agak kering ..yg pastinya kismis kuning bersaiz XL tu yg mybbkan kek ni susah nak potong..hancur u.. lepas ni nak try sekali lagi.. anywy kek ni mmg sedapp... ni rspi copypaste dr rmh JO@mekarmewangi.. n di MYR oleh junjs11 TQ again Jo n Jun..

Bahan:
380g susu pekat manis*
400gm mixed fruits*
250gm butter*
1 cwn air*(250ml)
2 biji kuning telur
3 cwn tepung gandum (+-380gm)**
1 sk baking soda (+-5g)** ( **ayak bersama)
1/2 cwn orange juice - dari 2/3 biji orange/..sy guna sunquik..

Cara:
1.Masukkan bahan * dalam periuk, masak atas api sederhana,sambil dikacau hingga larut.

2.Sejuk dalam fridge 3-4jam.
3.Campurkan dengan telur kuning. kacau serata
4.Masukkan tepung sedikit2 n kemudian masukkan orange juice. Kacau serata mengunakan spatula.
5.Panaskan oven 170dC. Bakar lebih kurang 1jam .

Syawal 26..

Bila ada tetamu yg nak dtg.. disini lah tempatku trmenung..nak masak apa yek.. tgok stok cam nak msk speggeti..tpi bile HB komen nnti ada org yg tak reti mkn.. so kene le buat menu HB.. sebenornya HB yg tak brapa gemo mkn western food ni.. saja jer tu helah bela diri..tekak maintain jawa.. susah nak ubah..

Ni HB yg tolong kemas..cuti2 ni bab membsuh,mgemas,mgelap,mgemop..n apa2 jer house keeping mmg tabik springgg..

Hidangan sempoi yg sempat ku sediakan untuk adik beradik HB.. fruits cake rspi dr dapur Jo n TQ ..puding buah..

Menu HB.. lasty buat mee kari.. rspi mudah persediaannya n cepat...

Kuah..mee kari

Biskut2 raya yg last...

Pic yg sempt diambil.. buzy mlyan tetamu..lupa nak snap pic..

Friday, October 24, 2008

Kek Marble

Buat masa di kg.. guna marjerin planta n sukatan cawan..

Bahan2:
1 ½ cwn marjerin
1 cwn gula halus
4 biji telor A
1 ½ cwn tepung naik sendiri
4 sudu makan koko
Sedikit esen vanilla

Cara-cara:
1. Pukulkan marjerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu n esen vanilla
3. Masukkan tepung dan kacau rata
4. Bahagikan adunan pada 2 mangkuk,1 bahagian dibiarkan warna asal dan 1 bahagian dicampurkan koko
5. Masukkan adunan dalam acuan berselang seli warna asal dan coklat.
6. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit (hingga masak)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin